Pulau Pinang tak akan buat keputusan bersendirian mengenai pilihan raya negeri: Lim Guan Eng
GEORGE TOWN, Rabu – Cadangan mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut masih di peringkat perbincangan dengan semua anggota pakatan harapan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu pemberita hari ini, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membuat keputusan secara bersendirian untuk menjalankan pilihan raya itu.
“Kerajaan negeri adalah sebuah kerajaan pakatan harapan. Di mana ia mengandungi bukan sahaja PKR, tapi juga DAP dan Amanah (PAN).
“Dengan demikian sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan negeri haruslah dibuat secara bersama dengan semangat rundingan,” kata Lim pada sidang media petang tadi.
Katanya, cadangan itu pada asalnya adalah maklumat sulit yang dibincangkan oleh pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, namun telah dibocorkan.
Pada sidang media sama, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kehadirannya bersama delegasi parti ke Pulau Pinang bertemu sendiri dengan Lim Guan Eng adalah untuk mendapat penjelasan mengenai isu ini.
“Perbincangan berjalan dengan cukup baik. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur petang ini untuk berbincang dengan pimpinan PKR,” katanya.
BERITA BERKAITAN:
The post Pulau Pinang tak akan buat keputusan bersendirian mengenai pilihan raya negeri: Lim Guan Eng appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan