Rakyat mahu pengkhianat dihukum mati: Erdogan

photo_2016-07-19_11-37-44

ANKARA, Selasa – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengulangi kemungkinan hukuman mati akan dilaksanakan semula di negara itu.

Ia akan dikenakan ke atas pengkhianat yang merancang penggulingan kuasa pada Jumaat lepas.

Bercakap kepada CNN dalam satu temubual semalam, Erdogan berkata, rakyat sendiri yang mahu hukuman itu dikenakan ke atas pengkhianat negara.

“Rakyat di jalanan yang mahu hukuman mati. Mereka mahu pengganas dihukum bunuh.

“Mereka merancang (rampasan kuasa) tapi kita mahu beri mereka makan di penjara bertahun-tahun? Ini yang diperkatakan oleh rakyat,” katanya.

Katanya lagi, pemimpin negara perlu berbincang mengenai perkara ini di Parlimen.

“Perlu ada keputusan di peringkat Parlimen. Jika Parlimen bersetuju, saya selaku Presiden bersedia melaksanakannya (hukuman mati),” katanya.

Turki telah menghapuskan hukuman bunuh sejak 2004 sebagai memenuhi syarat menyertai Kesatuan Eropah (EU). – Agensi

The post Rakyat mahu pengkhianat dihukum mati: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?