Rampasan kuasa: Erdogan desak Obama tangkap ulama Turki di AS

fetullah

Fethullah Gulen

ANKARA, Ahad – Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menangkap seorang ulama, Fethullah Gulen atau menghantarnya pulang ke Turki bagi menghadapi tuduhan terbabit dalam cubaan rampasan kuasa malam kelmarin.

Katanya, jika AS dan Turki mempunyai hubungan strategik yang tulus, maka Presiden Amerika akan membantunya menangkap imam itu yang kini tinggal di tengah Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau juga berkata, cubaan rampasan kuasa yang dipatahkan itu disertai oleh sekumpulan kecil askar dan bukan keseluruhan angkatan tentera.

Setakat ini, lebih 2,800 askar yang menyertai cubaan rampasan kuasa itu ditangkap. Kerajaan Erdogan juga memecat 2,700 hakim dan pendakwa raya.

Sementara itu, Fethullah menafikan pembabitannya dalam cubaan rampasan kuasa itu dan berkata, beliau yakin dunia tidak akan mempercayai tuduhan yang dibuat oleh Erdogan terhadapnya.

Sambil membantah semua tindakan anggota tentera terbabit, beliau berkata, hanya dengan pilihan raya yang bebas dan telus sahaja boleh menukar kerajaan, bukannya kekerasan. – Agensi

The post Rampasan kuasa: Erdogan desak Obama tangkap ulama Turki di AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?