Rasuah di Malaysia tahap ‘gaban’, dakwa Mukhriz

mukhriz-mahathir-200116

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Ahad – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggambarkan Malaysia sekarang berada dalam keadaan kritikal apabila dianggap sebagai negara nombor dua terkenal dengan rasuah.

Beliau berkata, tidak dinafikan di Malaysia sejak sekian lama telah berlaku rasuah tetapi dalam skala kecil, sebab itu negara maju dengan cepat.

“Namun sekarang, rasuah tersangat mudarat. Boleh kata isu rasuah dah melampau tahap ‘gaban’. Lebih melampau bila kesannya terkena dekat orang yang tidak bersalah.

“Ada orang kita pergi luar negara terpaksa tanggung malu jadi rakyat Malaysia. Ada yang tanya ‘What happen to your country? ‘Apa sebab sampai tak boleh selesaikan masalah pemimpin korup,” katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bapanya Tun Mahathir sering mengingatkan bahawa jika salah laku rasuah ini tidak ditangani, akibatnya ia akan menjadi satu budaya.

“Negara yang mengamalkan rasuah sehingga menjadi budaya tidak akan maju. Mana tidaknya, orang yang mengambil rasuah dan memberi rasuah ini tidak akan puas. Mereka akan minta macam-macam sampai dapat,” katanya.

The post Rasuah di Malaysia tahap ‘gaban’, dakwa Mukhriz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?