Rokok, konsert, rasuah tetap ada kerana…

u hazizi (Small)Majoriti tidak suka rokok
Buktinya, majoriti tidak hisap
Tapi rokok tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rokok itu membunuh orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila perbuatan merosakkan kesihatan dilihat suatu yang normal

Majoriti tidak suka konsert gila-gila
Buktinya, majoriti tidak pergi
Tapi konsert gila-gila tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau konsert itu merogol maruah orang yang tersayang sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila tiada lagi malu daripada pelbagai kelakuan menjual maruah diri

Majoriti tidak suka rasuah
Buktinya, majoriti tidak makan rasuah
Tapi rasuah tetap ada
Sebab majoriti tidak kisah dan tidak buat apa-apa
Kecuali kalau rasuah itu menyebabkan diri sendiri dizalimi sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Dan mangsanya bukan seorang dua, bahkan generasi demi generasi
Apabila undang-undang negara diinjak-injak oleh penguasa penyembah tunai

Masihkah kita mahu kata agama itu hal peribadi? Tidak perlu ada undang-undang bersumberkan agama?

Tapi, apa sebenarnya masalah kita?

Majoriti kata solat itu wajib
Buktinya, majoriti suka masjid cantik-cantik
Tapi majoriti juga tidak cukup solat
…sebab semua tidak kisah, tidak buat apa-apa
Kecuali kalau tinggal solat itu meruntuhkan masjid-masjid sekelip mata
Hakikatnya itulah yang berlaku, cuma tidak tiba-tiba
Bahkan sudah lama agama ini runtuh, sudah ratusan tahun
Cuma kita nampak keruntuhan agama itu perkara biasa

Jadi, apa masalah kita sebenarnya?
Bukan kulit, bukan rupa bentuk, bukan luaran
Tapi agama sudah runtuh dari dalam diri, dari lubuk perasaan, dari asas keimanan

Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma

The post Rokok, konsert, rasuah tetap ada kerana… appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?