rum ilmiah, maklumat pendidikan dan cerama
KUALA TERENGGANU, Sabtu – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menyokong usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menjayakan program imunisasi dan menangani penentang vaksin.
“Kami menyokong penuh usaha KKM mencadangkan penguatkuasaan supaya setiap murid yang akan memasuki sekolah rendah melengkapkan Jadual Program Imunisasi sebelum diterima belajar.
“Langkah ini wajar diberi perhatian oleh kerajaan dan KKM. Pada masa sama, forum ilmiah, maklumat pendidikan dan ceramah terus dijalankan untuk rujukan umum,” kata Yang Dipertua PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail kepada media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERDIM kedua di sini, malam tadi.
Beliau berkata, belum ada kaedah saintifik lain yang berkesan sebagai pencegah penyakit berjangkit selain pengambilan vaksin.
Justeru, menurutnya, tindakan golongan antivaksin meruntuhkan kekebalan populasi terhadap serangan kuman adalah berbahaya terutama dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas hingga membawa kepada kematian.
Selain itu, Ahmad Shukri berkata, peningkatan insiden jangkitan difteria sebanyak 25 kes dan penularan demam campak pada kadar tiga kali ganda termasuk kematian, membuktikan keperluan mengambil vaksin pada usia muda.
“Program ini menghadapi cabaran golongan antivaksin, sekali gus pengamal perubatan berdepan kesukaran memberi vaksin tambahan.
“Propaganda kononnya vaksin adalah agenda Yahudi, haram dari segi hukum Islam dan memudaratkan kesihatan terus menghantui ibu bapa serta menjejaskan keyakinan mereka.
“Hakikatnya, vaksin dan imunisasi adalah pencegahan yang dibenarkan dalam Islam, malah kerajaan Arab Saudi juga mewajibkan suntikan vaksin setiap jemaah yang menunaikan umrah atau haji,” katanya lagi.
The post rum ilmiah, maklumat pendidikan dan cerama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan