Selagi tiada tindakan, Kor Ming akan terus hina Islam

Presentation1

KUALA LUMPUR, Ahad – Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming akan terus menghina Islam dan Melayu sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, keegoan pemimpin DAP yang membuat serangan mental secara halus kepada umat Islam harus dihentikan.

Katanya, jika tiada tindakan dikenakan terhadap Kor Ming, perbuatan dia bakal menjadi punca ketegangan kaum yang serius di negara ini.

“Kenyataan seperti inilah yang akan mengganggu-gugat keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Suruhanjaya Komunikasi Mul­timedia Malaysia (SKMM) wajib ambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan lain-lain akta berkaitan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Syarikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya.

Dalam gambar tersebut tertera ucapan In God We Trust yang di­ikuti imej tangan seperti berdoa dengan berlatar belakangkan rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian.

Selain itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan desakan agar Kor Ming meminta maaf tidak akan memberi kesan dan hanya akan menjadi bahan jenaka DAP sahaja.

“Kerajaan wajar teladani bagaimana Turki, Libya dan Bangladesh menangani kes-kes berprofil tinggi iaitu dengan me­ngawal serta mengambil tindakan paling tegas bagi mengekang masalah ini.

“Justeru, jika kerajaan anggap penghinaan oleh Kor Ming itu keterlaluan maka wajib bertindak tegas dan pantas, bukan sekadar desakan untuk me­min­ta maaf yang akhirnya akan diulangi lagi perbuatan penghinaan itu,” katanya.

The post Selagi tiada tindakan, Kor Ming akan terus hina Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?