Separuh daripada kanak-kanak pelarian Syria di Lubnan tidak sekolah
BEIRUT, Rabu – Lebih separuh daripada 500,000 kanak-kanak pelarian Syria yang berdaftar di Lubnan tidak pergi ke sekolah atau menerima sebarang pendidikan formal, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW).
Walaupun Lubnan telah membenarkan kanak-kanak pelarian Syria mendaftar secara percuma di sekolah awam namun berikutan beberapa masalah dan isu kependudukan menyebabkan separuh daripada mereka gagal menerima pendidikan.
Hasil dapatan kajian dan statistik itu telah dikeluarkan oleh HRW yang berpangkalan di New York, semalam.
Bagaimanapun HRW berkata, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan rancangan untuk mendaftar 200,000 pelarian Syria dalam pendidikan formal dengan sokongan antarabangsa sebagai sebahagian daripada dasar Mencapai Pendidikan Kanak-Kanak 2014.
Sementara itu, Felo bahagian hak kanak-kanak HRW, Bassam Khawaja berkata, Lubnan memerlukan pembaharuan tegas bagi memastikan krisis pendidikan kanak-kanak pelarian Syria ini dapat diselesaikan.
“Kanak-kanak tidak patut mengorbankan pendidikan mereka untuk mendapatkan perlindungan keselamatan dari konflik saudara di negara mereka,” katanya.
Setakat ini, kira-kira 1.1 juta pelarian berdaftar yang melarikan diri ke Lubnan sejak konflik pada Mac 2011 melanda negara itu. – Agensi
The post Separuh daripada kanak-kanak pelarian Syria di Lubnan tidak sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan