Sesi penerangan IS akan dianjurkan di sekolah
SERDANG, Khamis – Kementerian Pendidikan bercadang utuk mengadakan sesi penerangan khas dan menyeluruh kepada murid, guru dan pentadbir sekolah berkenaan militan IS.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, orang profesional dalam bidang keganasan dan mereka yang arif dengan kegiatan kumpulan militan itu akan diundang bagi memberi penerangan.
Antara yang akan terlibat ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kesatuan Guru-Guru dan persatuan pelajar sebelum dikembangkan kepada kumpulan sasar tersebut.
Katanya, penerangan itu akan menumpukan kepada dua aspek utama iaitu apakah tuntutan dan pandangan sebenar agama Islam mengenai keganasan dan penyalahgunaan nama agama untuk tujuan keganasan.
“Semua pihak yang ada kaitan dengan pendidikan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dapat penerangan yang jelas mengenai IS, seterusnya mengelak kemungkinan penglibatan golongan pendidik dengan kumpulan militan itu,” katanya.
The post Sesi penerangan IS akan dianjurkan di sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan