Skandal 1MDB: Swiss rampas 3 lukisan bernilai RM398.02 juta, aset lain menyusul
ZURICH, Jumaat – Pihak berkuasa Switzerland merampas tiga lukisan bernilai kira-kira RM398.02 juta atas permintaan Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan terhadap penyelewengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.
Jabatan Kehakiman AS juga mendedahkan maklumat dan gambar mengenai aset yang akan disita dalam laman portal mereka, yang dikatakan dibeli menggunakan wang 1MDB. (Lihat di bawah)
Jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan Switzerland ketika mengesahkan laporan akhbar Neue Luzerner Zeitung berkata, lukisan yang dirampas ialah van Gogh’s La maison de Vincent à Arles; Monet’s Saint-Georges Majeur; dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes.
“Operasi belum berakhir. Oleh itu, kami tidak akan memberikan komen mengenai lokasi lukisan itu,” katanya.
Kelmarin, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman sivil untuk menyita pelbagai aset milik individu dan syarikat, berikutan siasatan mereka mengenai pengubahan wang haram dan penyelewengan yang dikaitkan dengan 1MDB.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
BBC melaporkan ramai rakyat Malaysia percaya individu terbabit ialah Najib. Perdana Menteri sebelum ini menafikan sebarang salah laku.
Berikut adalah gambar hartanah dan aset yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman AS, semalam.
The post Skandal 1MDB: Swiss rampas 3 lukisan bernilai RM398.02 juta, aset lain menyusul appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan