SKMM sekat 11 laman web, 22 pautan URL sebar ideologi Daesh

KUALA LUMPUR 17 August 2015. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak pada sesi temuramah eksklusif di Wisma TV, Angkasapuri. NSTP/Adi Safri

KUALA LUMPUR, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat 11 laman web dan 22 pautan URL terlibat dalam penyebaran ideologi Daesh dalam bahasa Melayu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan pemantauan SKMM ke atas outlet media baharu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

“Adalah diharapkan pemantauan berterusan dan tindakan oleh SKMM dan lain-lain agensi akan membendung penyebaran ideologi oleh organisasi pengganas ini melalui media sosial,” katanya kepada Bernama hari ini.

Salleh berkata, kerjasama semua pihak adalah penting dan kerajaan ingin mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk memaklumkan kepada SKMM jika mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini.

“Memandangkan Daesh sangat aktif dalam mewujudkan laman web baharu dan akaun media sosial, kami merayu kepada orang ramai untuk melaporkan kepada SKMM jika mereka mempunyai apa-apa maklumat mengenai perkara ini, “katanya.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis juga sedang memantau rapi penerbitan Daesh dalam bahasa Melayu, dipercayai dikendalikan oleh pengikut kumpulan itu di Malaysia dan Indonesia. – Bernama

The post SKMM sekat 11 laman web, 22 pautan URL sebar ideologi Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?