SPRM minta Tunku Ismail serah maklumat dakwaan rasuah dalam FAM

tmpen

KUALA LUMPUR, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan maklumat berhubung dakwaan adanya rasuah dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata, sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihaknya bersedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

“SPRM alu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil,” kata kenyataan itu.

Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers semalam, mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan laporan aktiviti dalaman FAM yang didakwanya berlarutan selama 30 tahun.

Ini termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Tunku Ismail berkata, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur. – Bernama

 

The post SPRM minta Tunku Ismail serah maklumat dakwaan rasuah dalam FAM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?