SPRM siasat ahli perniagaan disyaki tipu 1MDB
KOTA BHARU, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang ahli perniagaan yang didakwa menipu syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan itu dijalankan kerana berkemungkinan penyelewengan dan pengubahan wang haram dilakukan ahli perniagaan terbabit yang didakwa menipu 1MDB.
“Kita menjalankan kerjasama dengan Amerika Syarikat menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu pihak 1MDB dan pihak berkaitan lain yang terbabit dengan perbuatan pengubahan wang haram dengan membawa wang itu ke AS.
“Oleh sebab itulah AS meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja seperti mana yang digalakkan dalam The United Nations Convention against Corruption (UNCAC) iaitu setiap agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berhadapan dengan satu jenayah yang membabitkan beberapa negara,” katanya lapor Berita Harian.
Minggu lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman untuk menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dibeli dengan wang dipercayai dilesapkan daripada 1MDB.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan dana 1MDB telah disalahgunakan.
The post SPRM siasat ahli perniagaan disyaki tipu 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan