Sultan Johor kecewa ada pihak menyamar guna nama baginda

Sultan-Johor1

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kecewa apabila ada pihak yang cuba melakukan penyamaran mengakui sebagai dirinya, malam semalam.

Penyamaran itu didapati membolehkan pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan mengelirukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui blog suarakamibaru.blogspot.my.

“Telah sampai ke perhatian saya bahawa wujud dan tersebarnya satu muatnaik yang tidak bertanggungjawab di laman media sosial bertajuk ‘Terkini Ringgit Jatuh RM4.4’.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan oleh saya, mahupun pejabat saya, dan saya memandang ia sebagai bersifat memfitnah, satu perlakuan yang mengaibkan, mencalar maruah dan patut dikecam,” titah baginda dalam laman Facebook rasminya.

Tidak kurang dengan itu, sebelum ini juga, beliau berkata, terdapat beberapa kenyataan yang tidak wajar tersebar di laman media sosial yang memberikan gambaran bahawa ianya dikeluarkan oleh ahli-ahli Keluarga DiRaja Johor.

“Minggu lalu, seorang wanita muda dari Batu Pahat telah menyebarkan khabar angin di media sosial bahawa isteri saya, DYMM Permaisuri Johor, telah menitahkan larangan ke atas ‘solat’ dan laungan ‘azan’.

“Publisiti murahan oleh individu ini amat menyakiti dan mendukacitakan isteri saya.

“Kita hidup di zaman media sosial, dan kami, Keluarga DiRaja, menggunakan ia sebagai perantara untuk mendekati dan berhubung dengan warga Bangsa Johor.

“Namun demikian, akan ada yang akan menyalahgunakan saluran media untuk mendapat perhatian,” titahnya lagi.

Sultan Ibrahim berkata, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli keluarga Diraja Johor, hanya akan dilakukan melalui akaun Facebook rasmi.

Berhubung perkara yang berkaitan politik negara, Istana negeri Johor mengekalkan pendirian tegas berkecuali, titah baginda.

The post Sultan Johor kecewa ada pihak menyamar guna nama baginda appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?