Syria gesa PBB ambil tindakan ke atas tentera dikuasai AS

syriann

DAMSYIK, Ahad – Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera ke atas tentera perikatan diketuai Amerika Syarikat (AS) apabila serangan yang dilakukan meragut nyawa lebih 40 orang awam di negara itu.

Surat itu ditulis selepas jet AS melancarkan serangan di bandar Ghandour iaitu 23 kilometer dari bandar Manbij, wilayah Aleppo.

Dalam dua surat berasingan dihantar kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon dan Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Koro Besso, Kementerian Luar Syria mengecam serangan AS yang disifatkan sebagai kejam’ke atas orang awam.

Surat itu juga menyatakan tuntutan agar pihak yang bertanggungjawab atas kematian rakyat Syria didakwa dan menggesa Majlis Keselamatan PBB menguatkuasakan resolusi antikeganasan terhadap negara yang menyokong keganasan.

Susulan itu, Kementerian Luar Syria menegaskan bahawa mereka tidak akan berhenti memerangi keganasan ketika meneruskan usaha penyelesaian politik bagi menamatkan konflik di Syria tanpa campur tangan asing.

Insiden yang berlaku itu dianggap menyamai pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kumpulan pengganas di Syria, dengan menyifatkan kedua-dua pihak cuba memburukkan lagi keadaan di negara itu. –Agensi.

The post Syria gesa PBB ambil tindakan ke atas tentera dikuasai AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?