Tahanan Palestin di Israel meningkat kepada 490 orang

israeli prison
JERUSALEM, Rabu – Bilangan tahanan Palestin yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup meningkat kepada 490 sehingga semalam dengan seorang tahanan, Bilal Abu Ghanim dihukum 3 kali penjara seumur hidup.

Demikian menurut laporan dikeluarkan oleh Pusat Kajian Tahanan Palestin.

Pengarahnya, Riyad Al-Ashqar berkata, mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman terhadap Abu Ghanim, 22, dengan tiga hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 60 tahun di dalam penjara, menjadikan hukumannya selama 135 tahun serta denda sebanyak 1.9 juta shekel Israel ($ 490,765).

Abu Ghanim didapati bersalah mengambil bahagian dalam serangan ke atas bas yang mengorbankan tiga warga Israel dan mencederakan sebelas yang lain. – Agensi

The post Tahanan Palestin di Israel meningkat kepada 490 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?