Tempahan nombor plat V dibuka mulai esok

jpjj

BANGI, Khamis – Tawaran tempahan bagi nombor plat pendaftaran kenderaan ‘V’ kepada orang awam bermula esok hingga 28 Julai ini, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan pengumuman terbaru sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan huruf ‘V’.

“Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf ‘W’ yang digunakan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman sesawang JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

The post Tempahan nombor plat V dibuka mulai esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?