Tentera terbabit cubaan rampas kuasa mula serah diri, dalang dikenal pasti

turki3

Anggota polis mengepung Ibu Pejabat Tentera Turki di Angkara.

ANKARA, Sabtu – Selepas rakyat dan polis menggagalkan cubaan rampasan kuasa sekumpulan anggota tentera, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan akan melakukan penyusunan semula angkatan tentera negara itu.

Serentak itu, beliau memberi jaminan akan memastikan semua pegawai dan anggota tentera yang terbabit dalam cubaan rampasan berkuasa berkenaan akan ditangkap, manakala arahan juga dikeluarkan supaya tentera yang setia menembak jatuh pesawat tentera yang dirampas pemberontak.

Memberitahu media sebaik tiba di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul daripada percutiannya, beliau berkata, perancang utama komplot rampasan kuasa itu akan membayar harga yang tinggi atas tindakan mereka.

Setakat ini, dilaporkan bekas Penasihat Undang-Undang Turki, Muharrem Kose telah dikenal pasti sebagai dalang utama cubaan rampasan kuasa Turki.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, memberitahu agensi berita Anadolu bahawa lebih 120 anggota tentera yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa itu telah ditangkap.

Media melaporkan, kira-kira 30 anggota tentera yang terbabit meletak senjata dan menyerah diri setelah dikepung pihak polis, manakala sesetengahnya ditangkap sendiri oleh orang awam.

Erdogan berkata, rampasan kuasa yang dilancarkan ini adalah cubaan menentang perpaduan dan kesatuan rakyat negara itu. – Agensi

The post Tentera terbabit cubaan rampas kuasa mula serah diri, dalang dikenal pasti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?