Tentera terlibat serangan ke atas Erdogan di hotel ditangkap
ANKARA, Selasa – Pihak berkuasa Turki menangkap tiga anggota tentera yang disyaki terbabit dalam serangan ke atas hotel yang diduduki Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam insiden kegagalan rampasan kuasa 15 Julai lalu.
Anggota tentera itu ditahan ketika operasi pembersihan besar-besaran di sekitar resort Laut Aegean Marmaris.
Kesemua suspek ditahan ketika pemeriksaan jalan raya di Daerah Cetibeli, dekat Marmaris dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Bagaimanapun difahamkan empat lagi anggota tentera yang terlibat masih melarikan diri.
Serangan ke atas hotel peranginan yang diduduki Erdogan dan ahli keluarganya ketika sedang bercuti termasuk menantunya, Menteri Tenaga, Berat Albayrak, berlaku tidak lama selepas beliau meninggalkan resort itu dengan kapal terbang untuk ke Istanbul.
Erdogan dalam satu temubual berkata, sekiranya beliau menunggu 15 minit lagi ketika itu, beliau mungkin dibunuh atau ditahan sebagai tebusan. – Agensi
The post Tentera terlibat serangan ke atas Erdogan di hotel ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan