Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Nice, Perancis
BANGI, Jumaat – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden rempuhan trak semasa sambutan Bastille Day di Nice, Perancis pada malam hari Khamis, 14 Julai 2016.
Seramai 80 orang dipercayai maut manakala 18 lagi cedera parah dalam insiden ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, KLN memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Paris sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat warganegara Malaysia yang terlibat.
Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa insiden ini, kata kenyataan itu lagi.
The post Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Nice, Perancis appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan