TLDM pantau pegawai, anggota elak terjebak kegiatan militan

Ahmad-Kamarulzaman-1
KUALA LUMPUR, Isnin – Pemantauan terhadap pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa dilakukan bagi mengelak mereka terjebak dalam kegiatan militan seperti kumpulan Daesh.

Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, ceramah serta pemantauan di laman sosial dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dakyah kumpulan (militan) ini kita perlu faham kerana ada banyak peringkat, mereka sebarkan melalui laman web dan menyebabkan kita rasa simpati dan marah.

“Kemudian kita akan terpengaruh dan beri sokongan moral serta material…

Oleh itu, penting untuk kita pantau dan beri kesedaran sebelum terjebak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai sembilan pegawai TLDM termasuk lima pegawai Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dinaikkan pangkat.

Antara individu yang dikurniakan pangkat Kehormat PSSTLDM ialah Komander (Kehormat) Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk Syed Budriz Putra Syed Amir Abidin Jamalullail dan Komander (Kehormat) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain itu, Ahmad Kamarulzaman turut menasihatkan pegawai dan anggotanya untuk tidak menyebarkan maklumat berkaitan kegiatan militan di laman sosial mereka.

Ditanya mengenai ancaman lanun di perairan negara, beliau berkata elemen perisikan perlu dipertingkatkan bagi membendung ancaman itu.

“Kita pandang serius anacaman lanun dan akan lihat pendekatan terbaik yang boleh digunakan untuk menangani ancaman ini, elemen perisikan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga berharap kerjasama tiga hala antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menangani isu keselamatan maritim bersama di Laut Sulu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Pada 14 Julai lepas, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata Inisiatif Rondaan Selat Melaka (MSP) mungkin diguna pakai sebagai model untuk kerjasama tiga hala antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menangani isu keselamatan maritim bersama di Laut Sulu.

Ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di Laut Sulu untuk membanteras insiden penculikan dan aktiviti jenayah di kawasan itu, kata Hishammuddin. – Bernama

The post TLDM pantau pegawai, anggota elak terjebak kegiatan militan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?