TMJ akan jumpa FAM bincang isu seleweng

13709907_654608268035809_7821121808060346013_n
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal berjumpa dengan EXCO tertinggi dan pegawai-pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan dakwaan penyelewengan beliau terhadap persatuan itu.

Menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, pihak itu mendedahkan bahawa pertemuan Tunku Ismail dengan persatuan berkenaan bakal diadakan samada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru secara peribadi dan tertutup bagi membincangkan dan menyelesaikan isu sedia ada. 

“Pertemuan tersebut juga bertujuan untuk menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM dan pengurusan pasukan kebangsaan,” tulis laman Facebook itu, hari ini. 

Namun demikian, pihak JOHOR Southern Tigers tidak mahu mendedahkan nama pihak yang terbabit atas titah Tunku Ismail.

“Hanya dua halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 dari 279 halaman yang kami dapat kongsikan disini atas titah DYAM Tunku Mahkota Johor oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab sesetengah maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu. 

“Sepertimana titah DYAM Tunku Mahkota Johor, individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bolasepak tanahair,” tulis laman Facebook itu.

Tunku Ismail melalui laman Facebook yang sama, semalam mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. 

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.

Katanya lagi, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

The post TMJ akan jumpa FAM bincang isu seleweng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?