Tuan Ibrahim minta Khalid Samad tutup mulut, bubar PAN
BANGI, Selasa – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad untuk menutup mulut dan membubarkan sahaja parti itu.
“Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh ‘tutup mulut’ atau Parti Amanah Negara (P.A.N) dibubarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.
Ini berikutan Khalid mengatakan PAN tidak ada masalah sekiranya Tuan Ibrahim mahu PAS berkawan semula dengan parti-parti pembangkang dalam pakatan harapan, namun dalam masa yang sama Khalid sempat membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Bincang dan fikir betul-betul sesama sendiri sama ada hendak berkawan untuk lawan BN atau tidak. Jangan sekejap kata hendak bermusuh dengan DAP, bermusuh dengan Amanah (PAN) kerana kita tidak ada masa,” kata Khalid.
Menyelar semula kenyataan itu Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang ‘lebih-lebih lagi kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin’.
“Sikap ‘tidak boleh bekerja di bawah orang’ lah antara sebab muncul pelbagai parti politik. Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.
“Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini,” katanya.
The post Tuan Ibrahim minta Khalid Samad tutup mulut, bubar PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan