Tun M cadang tubuh tribunal hakim bebas dengar kes 1MDB

mahathir_0

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mencadangkan supaya sebuah tribunal hakim bebas, termasuk hakim asing diwujudkan untuk mendengar kes syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan berterus-terang dan membenarkan mahkamah untuk mendengar pertuduhan terhadap individu yang telah menyalah uruskan syarikat itu.

Peguam Negara boleh mempertahankan kerajaan atau pegawai yang terlibat tetapi dia tidak boleh menjadi hakim.

“Benarkan tribunal untuk melakukan penghakiman. OSA tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan bukti perbuatan jenayah.

“Menyembunyikan perbuatan jenayah di belakang OSA adalah salah, menyalahi undang-undang, dan juga adalah jenayah,” katanya dalam tulisan di laman blog chedet.cc, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, di mana-mana negara lain, laporan oleh Ketua Audit Negara akan menjadi dokumen awam.

“Tetapi di Malaysia, laporan peguam negara ini dijadikan rahsia kerajaan, dinafikan akses untuk orang ramai.

“Dan ia berlaku walaupun peruntukan dalam Perlembagaan bahawa laporan itu akan dibuat kepada Raja dan dengan perintahnya akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Sekiranya Peguam Negara mempunyai keraguan, individu sebenar yang memberi atau menerima bayaran hendaklah dipersoalkan, katanya.

“Rekod dan dokumen perlu diminta. Bank-bank yang terlibat perlu dikenal pasti dan rekod mereka dikaji dan diajukan soalan.

“Tetapi, tiada perkara-perkara ini yang telah dilakukan. Peguam Negara hanya berkata tidak ada perbuatan salah dan laporan itu dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kita bukan berurusan dengan penjualan nasi lemak. Ini bukan soal dua atau tiga ringgit. Ini adalah soal berbilion ringgit.

“Namun, siasatan dan laporan membuat ia kelihatan seperti mengaudit penjualan nasi lemak bungkus,” sindirnya.

The post Tun M cadang tubuh tribunal hakim bebas dengar kes 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?