Turki: 15,000 pendidik digantung tugas, 1,577 dekan diarah letak jawatan
ISTANBUL, Rabu – Turki terus melakukan operasi pembersihan secara besar-besaran selepas cubaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat lalu digagalkan.
Terbaharu, Kementerian Pendidikan Turki mengumumkan penggantungan lebih 15,000 tenaga pengajar dan 1,577 perletakan jawatan dekan di semua universiti awam dan swasta di negara itu.
Selain itu dilaporkan, lesen 21,000 guru yang berkhidmat di institusi swasta juga telah dibatalka berikutan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.
Dalam masa yang sama, kira-kira 399 kakitangan Kementerian Polisi Sosial dan Keluarga juga telah dipecat daripada jawatan masing-masing.
Selain pendidikan, beberapa media juga telah dibatalkan lesen mereka atas dakwaan terlibat dalam cubaan rampasan kuasa antaranya STV, Samanyolu Haber, Samanyolu Haber Radio, Can Erzincan TV, Kanal 124, Yumurcak TV, Hira TV, MC TV, Dünya TV, Kanal Türk, Bugün TV, Mehtap TV, Berfin FM dan Kanal Türk.
Terdahulu, 9,000 orang termasuk pegawai polis dan kakitangan kerajaan dipecat manakala 7,500 orang ditahan termasuk jeneral atasan tuduhan komplot rampasan kuasa.
Perdana Menteri Binali Yildirim, berkata Turki sudah menghantar dokumen ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyokong tuntutannya supaya mengekstradisi
Fethullah Gulen, seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan yang tinggal dalam buangan di Pennsylvania.
“Kami akan menarik mereka (penyokong Gulen) keluar dari akarnya seperti pisau cukur,” katanya. – Agensi
The post Turki: 15,000 pendidik digantung tugas, 1,577 dekan diarah letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan