Turki bimbang cubaan rampasan kedua bakal berlaku
ANKARA, Rabu – Pemimpin Turki melahirkan kebimbangan kemungkinan cubaan rampasan kuasa kedua bakal berlaku, tatkala beberapa unit tentera dihalang meninggalkan pangkalan mereka.
Presiden Recep Tayyip Erdogan juga menangguhkan kepulangannya ke Ankara dari Istanbul, selepas perisik mengesahkan ibu negara itu belum selemat sepenuhnya, lapor media tempatan.
Kebimbangan cubaan rampasan kuasa kedua itu mungkin berlaku selepas pentadbiran Erdogan menyedari wujud kumpulan pro pegawai kanan tentera yang ditangkap di kalangan 600,000 anggota tentera.
Semalam, mahkamah memenjarakan kira-kira 85 jeneral dan laksamana, satu langkah yang menunjukkan kerajaan percaya lebih ramai pegawai kanan terbabit dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal Jumaat lalu.
Penangkapan pegawai atasan tentera terus dilakukan, termasuk penasihat tentera udara Erdogan, Lt Kolonel Erkan Krivak yang ditahan semalam.
Anggota tentera dari dua division yang menentang puak Kurdis di tenggara Turki pula diarah tidak keluar dari pangkalan, selepas komander mereka, Jeneral Adem Huduti ditahan.
Pintu masuk ke pangkalan division ketiga tentera Turki di Istanbul yang secara teorinya adalah sebahagian daripada unit tindakan cepat Nato, dihalang, menggunakan trak dan kenderaan berat.
Mereka bimbang kemungkinan akan berlaku cubaan rampasan kuasa kedua,” kata Pegawai Perhubungan Kesatuan Eropah di Istanbul, Asli Aydintasbas.
Tindakan kerajaan melakukan pembersihan dengan menangkap ramai pemimpin tentera, hakim dan pendakwa raya, termasuk Setiausaha Pertahanan, Ali Yazici, mendapat kritikan daripada pemimpin dunia yang menganggap langkah itu adalah usaha Erdogan menghapuskan penentangnya. – Agensi
The post Turki bimbang cubaan rampasan kedua bakal berlaku appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan