Turki kecewa Amerika tidak beri kerjasama ekstradisi Gulen

Turkey's Prime Minister Binali Yildirim addresses the media in Ankara, Turkey, June 27, 2016. REUTERS/Umit Bektas

ANKARA, Khamis – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberi sokongan terhadap permohonan mengekstradisi Fethullah Gülen.

“Bukti yang ada jelas. Pengganas mesti bertanggungjawab dalam serangan kejam terhadap kami dan rakyat Turki.

“Kami kecewa dengan cara AS dalam perkara ini. Kami tak faham kenapa AS tidak menyerahkan sahaja individu itu,” katanya.

Sebelum ini Turki telah menghantar permohonan secara rasmi untuk mengekstradisi Gulen yang kini tinggal di Amerika apabila didakwa menjadi dalang dalam cubaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu.

Bagaimanapun gesaan Turki ditolak Amerika apabila mendesak untuk melihat bukti sebelum membenarkan proses ekstradisi itu.

Binali Yildirim berkata, Amerika asyik meminta dokumen sebagai bukti, sepatutnya kematian rakyat Turki yang dibom dan dilanggar kereta kebal sudah cukup untuk menjadi bukti.

“Semuanya sudah jelas. Kami mempunyai pengakuan daripada suspek yang terlibat dalam serangan mengatakan mereka mendapat arahan daripada orang ini (Fethullah Gulen),” katanya. – Agensi

The post Turki kecewa Amerika tidak beri kerjasama ekstradisi Gulen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?