Turki lantik Panglima Tentera baharu
ANKARA, Sabtu – Turki hari ini melantik Jeneral Umit Dundar sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu buat sementara menggantikan Jeneral Hulusi Akar.
Ia berikutan nasib Hulusi masih menjadi persoalan sama ada terbabit dalam rampasan kuasa atau tidak. Ada juga laporan menyatakan Hulusi masih dijadikan tebusan oleh anggota tentera yang cuba merampas kuasa.
Pelantikan sementara itu diumumkan Perdana Menteri, Binali Yildirim dengan menyaksikan Umit yang merupakan Komander Tentera Pertama akan memimpin tentera Turki selepas insiden awal pagi tadi.
Setakat ini, usaha kerajaan Turki dilaporkan memberi reaksi positif apabila semakin ramai tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa itu menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Media turut melaporkan, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam cubaan rampasan kuasa itu, manakala ratusan lagi ditangkap. – Agensi
The post Turki lantik Panglima Tentera baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan