Turki tahan anak saudara Gulen terlibat rampasan kuasa
ANKARA, Ahad – Pihak berkuasa Turki menahan anak saudara lelaki kepada pemimpin anti-kerajaan yang berlindung di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen ekoran dipercayai terlibat dalam cubaan rampasan kuasa negara itu minggu lalu.
Muhammet Sait Gulen ditahan di Erzulum, sebuah wilayah timur yang tidak jauh daripada tempat kelahiran bapa saudaranya iaitu Korucuk.
Sumber media mengatakan Sait kinindibawa ke Ankara untuk disoal siasat.
Setakat ini, penangkapan itu adalah yang pertama membabitkan ahli keluarga Gulen yang didakwa menjadi dalang kepada cubaan merampas kuasa menggulingkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Dalam perkembangan sama, Turki sehingga hari ini terus memberi tekanan kepada Amerika Syarikat agar menghantar pulang untuk dibicarakan.
Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu berkata, Washington tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk berbuat demikian, walaupun Washington meminta Ankara membuktikan Gulen mempunyai kaitan dengan komplot rampasan terbabit.
“Jika AS sengaja memanjangkan kes penghantaran pulang Gullen ke Turki, maka proses itu akan memakan masa bertahun-tahun, sedangkan Washington mampu menyelesaikan isu ini dalam tempoh singkat jika bertindak tegas,” katanya. -Agensi
The post Turki tahan anak saudara Gulen terlibat rampasan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan