Ucapan Aidilfitri papar gambar Rasulullah perbuatan melampau

851422884_124696_17518365459055278179

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Tindakan syarikat percetakan Cyberads Magazine menerbitkan majalah berkaitan ucapan Aidilfitri dengan memaparkan gambar Rasulullah SAW dan fakta salah mengenai Baginda dianggap perbuatan melampau.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat percetakan terbabit.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkata itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau.

“Percetakan majalah ini berkaitan Ucapan Aidilfitri namun ianya didapati lebih kepada unsur penghinaan terhadap agama Islam dengan memaparkan gambar Rasulullah serta beberapa fakta yang salah berkaitan sejarah baginda Muhammad S.A.W yang mengelirukan masyarakat,” katanya.

PPIM juga mendesak supaya syarikat percetakan tersebut tampil memberikan penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak berwajib yang lain diharapkan dapat bertindak segera dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit,” katanya.

The post Ucapan Aidilfitri papar gambar Rasulullah perbuatan melampau appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?