UMNO sukar cari PM sebab pemimpin sekarang bodoh, kata Tun Dr Mahathir
Oleh RZ
KULIM, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai.
Beliau menceritakan kisah bagaimana anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz pada awalnya ditolak daripada menjadi ahli UMNO Kubang Pasu yang pernah diterajuinya suatu ketika dulu.
“Ceritanya macam ini.. dia orang dah pegang jawatan.. dah jadi ketua bahagian.. dia tak suka orang yang lebih pandai daripada dia masuk.
“Orang yang lebih bodoh boleh masuk… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati.. pengganti dia bodoh daripada dia.
“Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia.
“Sbab tu hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. saya fikir amalan ini patut dihentikan,” katanya berucap pada perhimpunan menerangkan isu-isu semasa di Karangan, Kulim, malam tadi.
Majlis turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Tun Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Najib Razak juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana melakukan banyak kesalahan
“Najib tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.. dia mencuri.. pencuri tidak boleh menjadi Perdana Menteri.. kita rela ka nak ambil pencuri jadi Perdana Menteri,” soal beliau yang turut menerangkan mengenai rancangan penubuhan parti baharu; skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung penyelewengan dana 1MDB.
The post UMNO sukar cari PM sebab pemimpin sekarang bodoh, kata Tun Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan