Undang-undang Syariah tak hentikan jenayah senjata api: MCA
BANGI, Jumaat – Ahli Jawatankuasa MCA, Ti Lian Ker menyifatkan pelaksanaan undang-undang Syariah tidak akan dapat menghentikan jenayah senjata api di negara ini.
Katanya, mengapa rakyat perlu mengikut undang-undang Syariah sedangkan mereka sendiri telah mengabaikan undang-undang Persekutuan berhubung pemilikan senjata api tanpa lesen.
Katanya, undang-undang Syariah tidak mempunyai sebarang perbezaan berikutan undang-undang Persekutuan sudah berada pada tujuan yang betul untuk mencegah jenayah senjata api.
Ti berkata demikian membidas cadangan Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berhubung kod jenayah Islam akan menjadi kayu ukur terbaik untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara.
The post Undang-undang Syariah tak hentikan jenayah senjata api: MCA appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan