Usah beri tekanan kepada polis dalam isu siasatan 1MDB, kata KPN

KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208

KUALA LUMPUR, Khamis – Rakyat digesa supaya tidak memberi tekanan kepada pihak polis terhadap siasatan 1MDB kerana banyak dokumen perlu diteliti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini kerana proses rakaman percakapan dan penelitian dokumen tidak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat sebaliknya memerlukan masa.

“Semua orang mahu kami melaksana tugas dengan baik. Jadi, kami perlukan masa kerana rakaman percakapan seseorang saksi tidak boleh selesai dalam masa sehari dua.

“Proses rakaman dan penelitian semua dokumen yang berkait boleh mengambil masa sehingga dua minggu,” katanya dalam sidang media di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa fasa pertama melibatkan rakaman kenyataan lebih 25 individu dan ia hampir selesai dilakukan.

“Fasa kedua adalah menghantar pegawai ke luar negara untuk sekali lagi merakam percakapan dan mendapatkan dokumen.

“Jadi kita akan ke luar negara bila-bila masa, cuma ada sedikit yang tidak selesai,” katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan yang dibuat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenai skandal 1MDB.

“Saya tidak berhasrat untuk komen mengenai perkara itu kerana ia adalah prosedur sivil, itu adalah tindakan yang diambil US,” katanya.

Malah, Khalid berkata, pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenai tindakan DoJ itu.

Khalid juga memberi jaminan untuk berusaha menjejaki anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang juga seorang penerbit filem Hollywood, serta jutawan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Itu adalah tugas polis dan kami tahu apa yang harus dilakukan bila siap nanti. Kami akan kemukakan kertas siasatan kepada peguam negara,” katanya.

The post Usah beri tekanan kepada polis dalam isu siasatan 1MDB, kata KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?