VIDEO| Ayam makin kecil dan ringan, makin mahal
Saiz yang semakin kecil dan ringan didakwa punca harga ayam naik selepas skim kawalan harga musim perayaan hari raya lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, Sharuddin Jali berkata, kuantiti bekalan ayam bukan masalah utama sebaliknya masalah kualiti ayam yang semakin mengecil antara satu kilogram ke 1.2 kilogram seekor.
Harga ayam naik antara RM10 hingga RM13 seekor di sekitar Kuantan.
Sebanyak 30 premis perniagaan ayam sekitar Pahang diperiksa semalam manakala enam pemborong dilawat semalam.
Enam peniaga ayam diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi mengemukakan sebab kenaikan harga ayam.
Sumber: Berita TV9
The post VIDEO| Ayam makin kecil dan ringan, makin mahal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan