16 individu ditahan terbabit skim cepat kaya RM50 juta

blogger-image--1069374314

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu disyaki terlibat skim cepat kaya dengan pelaburan bernilai RM50 juta di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, skim berkenaan dipercayai telah memperdaya seramai 50,000 pelabur.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana membongkar dan membanteras kegiatan berkenaan.

Perkara ini disahkan dalam laman Twitter rasmi beliau hari ini.

“Syabas JSJK @PDRMsia bongkar Skim cepat kaya di Kuala Lumpur dan Kelantan. Tangkap 16 orang yang telah perdaya 50K pelabur dengan pelaburan RM50 juta #GoPDRMGo,” kata Khalid.- Bernama

The post 16 individu ditahan terbabit skim cepat kaya RM50 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?