1MDB: Tun M kritik cara Singapura tangani skandal

tun-mahathir-1-900x600

BANGI, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik cara Singapura menangani wang yang terbabit dalam pengubahan secara haram dan dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Financial Times.

Dalam temu bual dengan akhbar kewangan itu, bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa Singapura menumpukan kepada ‘pemain utama’ dalam apa yang didakwa sebagai skim global menyedut lebih AS$3.5 bilion daripada dana 1MDB.

“Disedari bahawa kerajaan Singapura enggan menentukan mereka yang terbabit dalam rasuah ini.

“Ia akan menjejaskan reputasi Singapura sebagai pusat kewangan. Mereka yang menerima suapan bukan mereka yang terbabit dalam pengubahan wang,” katanya.

Sistem kewangan global dikejutkan dengan skandal 1MDB apabila kebanyakan bank antarabangsa gagal mengawal pengubahan wang haram.

Menurut akhbar itu, pihak berkuasa Singapura memberi jaminan untuk melakukan pemeriksaan dan mewujudkan unit pengubahan wang haram, selepas mengambil tindakan yang jarang berlaku iaitu memerintahkan penutupan cawangan Swiss Bank di negara itu, awal tahun ini.

Pihak berkuasa Singapura bagaimanapun pada bulan lalu, menyatakan negara itu memainkan peranan aktif dalam siasatan antarabangsa terhadap dana 1MDB dan telah mendakwa dua orang berkait dengan kesalahan sama.

Akhbar itu turut menyatakan pihak berkuasa Singapura juga merampas aset bernilai S$120 juta milik ahli perniagaan Malaysia, Jho Low yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memainkan peranan utama dalam operasi 1MDB.

“Tindakan yang sesuai akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang Singapura,” kata jurucakap pejabat Peguam Negara Singapura.

Bulan lalu, DoJ mengemukakan saman sivil bagi merampas aset milik individu dan syarikat yang dikatakan dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Saman DoJ itu adalah yang pertama di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikaitkan secara rasmi dengan skandal 1MDB. Walaupun, tidak dinyatakan nama, tetapi huraian kepada ‘Malaysian Official 1’ dalam dokumen saman itu, adalah bertepatan dengan deskripsi Najib.

The post 1MDB: Tun M kritik cara Singapura tangani skandal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?