758 tentera ditahan terlibat rampasan kuasa di Turki
ISTANBUL, Isnin – Sekurang-kurangnya 758 daripada 989 anggota tentera yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai dibebaskan, kelmarin.
Tentera termasuk pelajar akademik ketenteraan ditahan pihak berkuasa dan dibebaskan dengan cadangan pendakwa raya selepas berpuas hati dengan keterangan.
Seorang hakim di Istanbul memutuskan untuk melepaskan 758 tentera dan berkata penahanan mereka itu bukan satu keperluan.
Sementara itu, baki 231 tentera tetap ditahan.
Kerajaan Turki berulang kali menyatakan bahawa percubaan rampasan kuasa yang mengakibatkan 230 orang maut dan mencederakan hampir 2,200 orang lain telah didalangi oleh Fetullah Gulen dan pengikutnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Kira-kira 13,000 anggota tentera, polis, badan kehakiman dan juga penjawat awam, telah ditahan sejak cubaan rampasan kuasa dan berpuluh-puluh ribu lagi disingkirkan dari kedudukan mereka. – Agensi
The post 758 tentera ditahan terlibat rampasan kuasa di Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan