Aidiladha: Kelantan umum 11 September cuti peristiwa
KOTA BHARU, Selasa – Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 bersamaan 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum sambutan Aidiladha sebagai cuti peristiwa.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Katanya, Oleh kerana Aidiladha akan disambut pada Isnin dan Selasa, maka hari Ahad dijadikan cuti peristiwa.
“Pada masa yang sama hari Ahad adalah hari wukuf di Padang Arafah, jadi sama-samalah kita berpuasa pada hari berkenaan,” katanya.
The post Aidiladha: Kelantan umum 11 September cuti peristiwa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan