Akaun Najib disiasat komprehensif, tiada pelanggaran undang-undang: Pegawai Khas

Sumber foto: REUTERS/Olivia Harris

Sumber foto: REUTERS/Olivia Harris

KUALA LUMPUR, Selasa – Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, menurut seorang pegawai khas.

Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata dalam kenyataan hari ini bahawa menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malahan telah pergi di Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan telah menemu bual wakil-wakil penyumbang tersebut,” katanya.

Kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan terbaru dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perdana menteri.

Tengku Sariffuddin selanjutnya berkata Muhyiddin merupakan individu yang kecewa selepas dipergunakan sebagai boneka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin, katanya, berasa “kecewa bahawa beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri seperti dijanjikan, kerana cubaan mereka untuk menyingkirkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi telah gagal; dan marah kerana kini hidup sengsara akibat daripada perbuatannya sendiri”.

“Ketidaksetiaan dan salah membuat pengiraan oleh Tan Sri Muhyiddin berikutan mahu mencapai cita-citanya itu telah membawa kepada penamatan kerjayanya secara mengaibkan.

“Beliau kini terdesak – jadi kenapa harus orang percaya dengan apa yang dikatakannya?‎” kata Tengku Sariffuddin.

Beliau juga berkata adalah jelas bahawa Muhyiddin ibarat talam dua muka iaitu berbuat sesuatu mengikut kesesuaian politiknya tetapi secara peribadi lain pula halnya.

“Ini jelas apabila beliau menyerang perdana menteri atas dakwaan rasuah, sedangkan semua orang dalam tahu sejarah sebenarnya sebagai menteri besar Johor,” kata Tengku Sariffuddin.  – Bernama

 

The post Akaun Najib disiasat komprehensif, tiada pelanggaran undang-undang: Pegawai Khas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?