Akta MKN tidak akan digunakan untuk jenayah, Daesh

KPN

BANGI, Rabu – Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 tidak akan digunakan untuk membanteras jenayah atau memeriksa aktiviti-aktiviti kumpulan pengganas IS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, akta itu sebaliknya hanya akan digunakan apabila keselamatan negara diancam dan ia tiada sebarang kaitan dengan tugas-tugas polis.

“Bagaimanapun, kita mempunyai undang-undang yang mencukupi berhubung isu jenayah….kita tidak perlu akta ini.

“Kita mempunyai Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), ia memncukupi untuk berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan militan Daesh, dan kita tidak perlu Akta MKN,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor mencadangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan bagi mengekang ancaman militan IS di negara ini.

Ia susulan kumpulan militan itu dikesan menerbitkan akhbar berbahasa Melayu untuk menarik anggota baharu dalam kalangan penduduk di rantau ini termasuk Malaysia.

The post Akta MKN tidak akan digunakan untuk jenayah, Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?