Amerika Syarikat: Wanita Islam dipecat enggan buka tudung

Najaf-Khan-1-600x330

WASHINGTON, Selasa – Seorang wanita Islam di Amerika Syarikat dilaporkan telah dipecat apabila enggan mengikut arahan majikan supaya menanggalkan hijab.

Najaf Khan, yang bertugas sebagai pembantu pergigian di klinik Penjagaan Gigi Fair Oaks di Fairfax, Virginia, berkata dia dipecat kerana memakai hijab ke tempat kerja.

Pada hari kejadian, dia berkata, pemilik klinik gigi itu, Dr Chuck Joo, mengarahkannya menanggalkan hijab kerana mahu mengekalkan persekitaran neutral dalam pejabat.

“Saya amat kecewa. Pada hari ia terjadi, saya amat sedih,” katanya.

Susulan itu, Majlis Perhubungan Amerika Islam (CAIR), berkata, pegangan agama seseorang tidak boleh dihalang meskipun dalam pekerjaan.

“Tiada pekerja perlu berhadapan pemecatan kerana pegangan agamanya atau mengamalkan ajaran agamanya.

“Kami menggesa Klinik Gigi Fair Oaks mengembalikan jawatan itu kepada pekerja Islam dan memberikan hak beragama kepadanya seperti tertera dalam undang-undang,” kata CAIR dalam satu kenyataan. – Agensi

The post Amerika Syarikat: Wanita Islam dipecat enggan buka tudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?