Anak kontraktor ditahan kes rasuah RM7 juta

rasuah

PUTRAJAYA, Selasa – Anak seorang kontraktor ditahan bagi membantu siasatan berhubung tender projek laluan paip minyak di selatan tanah air yang diaaggarkan bernilai RM76 juta.

Menurut satu sumber dipetik Sinar Harian sebagai berkata, penahanan dibuat ketika lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan

Lelaki itu kemudiannya direman lima hari bermula hari ini selepas permohonan reman SPRM dibenarkan oleh Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan A Wahab.

“Nilai rasuah yang terlibat dianggarkan RM7 juta.

“Dia akan disiasat mengikut Seksyen 6 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA),” kata sumber berkenaan.

Dilaporkan ketika penahanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas barangan kemas bernilai jutaan ringgit bersama tiga kereta mewah daripada lelaki itu.

Ini adalah susulan kes pada 25 Ogos lalu, dua pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan enam kontraktor ditahan SPRM berhubung kes tersebut.

Setakat ini sembilan individu ditahan.

The post Anak kontraktor ditahan kes rasuah RM7 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?