Balai Polis Lanang terpaksa tutup pintu waktu malam demi keselamatan
SIBU, Selasa – Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, pintu pagar Balai Polis Lanang di Sarawak terpaksa ditutup menjelang waktu malam demi keselamatan anggota dan balai berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas terdapat aduan orang awam yang mengatakan bahawa Balai Polis Lanang tidak dibuka 24 jam sehari.
Adun Bukit Assek, Irene Chang meminta polis meneliti aduan itu selepas seorang orang awam tidak dapat membuat laporan polis berkaitan kecurian motosikalnya pada jam 5.30 pagi, baru-baru ini, kerana balai itu dianggap tutup berdasarkan keadaannya yang gelap dan hanya lampu di pintu pagar bernyala.
Saiful Bahari berkata, sebelum ini ada pemandu kereta mabuk melanggar pintu pagar balai polis itu dan penjenayah yang berdiri di luar pintu pagar melontar batu ke arah balai polis.
Selain itu, ada juga individu yang membaling mercun ke kawasan lapang balai berkenaan.
“Bagaimanapun, masih ada anggota yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat aduan, mereka barulah buka pintu.
“Bangunan itu sudah berusia 40 tahun, pencahayaan lampu di bangunan lama juga tidak terang, ditambah lampu jalan yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan gelap (di balai),” kata yang dipetik See Hua Daily News, semalam.
Beliau berkata, Balai Polis Lanang dibuka pada 2004 bagi memudahkan penduduk Lanang dan kawasan sekitar.
Sejak Januari tahun ini sehingga Ahad lalu, sebanyak 3,320 laporan diterima Balai Polis Lanang.
The post Balai Polis Lanang terpaksa tutup pintu waktu malam demi keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan