Bandar Bintulu dilanda ribut awal pagi ini

CjM9wJUVAAA6CeY

MIRI, Rabu – Ribut yang berlaku pada 1.30 pagi ini di bandar Bintulu telah menyebabkan banyak kerosakan akibat pokok tumbang, menerbangkan bumbung dan menjejaskan telekomunikasi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Bintulu Leftenan Muda Zuriza Sharkawi berkata pada masa ini tiada laporan mangsa dipindahkan dari rumah masing-masing walaupun beberapa rumah mengalami kerosakan.

Beliau berkata kebanyakan laporan yang diterima adalah pokok tumbang serta rumah yang rosak tetapi keadaan masih terkawal.

“Kami masih bermesyuarat dengan agensi berkaitan untuk menentukan tindakan seterusnya,” kata beliau dan menambah ribut itu turut menjejaskan telekomunikasi beberapa agensi.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima laporan mengenai pokok tumbang di Kelab Kidurong, Klinik Kesihatan Kidurong, Jalan Pantai ABF, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jalan Kidurong, Taman Putera dan Taman Chin Lee.

Ia juga menerima laporan mengenai bumbung rumah penduduk diterbangkan ribut kuat itu di Taman Beverly Hill bagaimanapun tiada penduduk yang cedera.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi berkata kawasan yang paling teruk terjejas di Tanjung Kidurong, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk pagi ini.

“Lalu lintas sesak disebabkan pokok besar angsana berusia 20 tahun tumbang dan menyebabkan laluan utama terhalang ke kawasan industri di Tanjung Kidurong,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Rodziah berkata pada masa ini BDA, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu (bomba) bekerja bersama-sama untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Bintulu.

“Kami (BDA, JKR, JPAM dan bomba) semuanya bekerja sebagai satu pasukan untuk membersihkan serpihan kayu dan pokok tumbang untuk memastikan jalan raya bersih dan boleh dilalui kenderaan,” katanya.- Bernama

The post Bandar Bintulu dilanda ribut awal pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?