Bayi 2 bulan nyaris maut telan mangga kunci

bayi1

bayi2

FUJIAN (CHINA), Jumaat – Bayi berusia dua bulan nyaris maut selepas dia menelan mangga kunci yang disuapkan abangnya dalam kejadian mengejutkan di Fujian, China, lapor People’s Daily Online.

Mangga berukuran 1.5cm x 0.9cm dan bersaiz sebesar kuku jari itu bagaimanapun, keluar lima hari kemudian selepas bayi terbabit membuang air besar.

Menurut laporan itu, bayi berusia 60 hari berkenaan dari Longyan di barat daya China diberi makan mangga kunci itu oleh abangnya yang berusia dua tahun pada 25 Julai lalu.

Kejadian itu hanya diketahui oleh seorang lagi abang mereka yang kemudian memaklumkan kepada ibunya, sebelum bayi itu dibawa bertemu doktor untuk pemeriksaan.

Doktor yang memeriksa dan melakukan X-ray kemudian melihat mangga kunci di dalam perut bayi itu, tetapi enggan melakukan pembedahan kerana bimbang keselamatan bayi berkenaan.

Bayi itu ditempatkan di hospital selama tiga hari sebelum doktor memutuskan supaya dia dibawa pulang.

Bayi berkenaan diberi nasi dan minyak kacang bagi membantunya membuang air besar. – Agensi

The post Bayi 2 bulan nyaris maut telan mangga kunci appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?