BNM lantik Adnan Zaylani sebagai Penolong Gabenor
KUALA LUMPUR, Jumaat – Bank Negara Malaysia (BNM) telah melantik Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 Ogos 2016.
Adnan akan bertanggungjawab untuk Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Jabatan Undang-Undang dan Pengurusan Mata Wang serta Operasi, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz, yang kini bertanggungjawab kepada Jabatan Ekonomi, Dasar Kewangan, Perkhidmatan Antarabangsa dan Statistik, berkuat kuasa 1 Ogos 2016.
“Adnan akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan,” katanya.
Beliau menyertai BNM pada 1994 dan mempunyai 22 tahun pengalaman kerja dalam bidang operasi pelaburan serta pasaran kewangan.- Bernama
The post BNM lantik Adnan Zaylani sebagai Penolong Gabenor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan