Guru agama antara dua ditangkap mengaku keturunan Sultan Melaka
JOHOR BAHRU, Jumaat – Polis menangkap dua lelaki, termasuk seorang guru agama, yang mengaku keturunan Sultan Melaka berikutan aduan yang diterima oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata ahli perniagaan berusia 48 tahun dan guru agama, 55 tahun, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, semalam.
Beliau berkata, serbuan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengatakan kedua-duanya sedang merancang mengadakan majlis sempena kemangkatan Sultan Melaka di sini.
Polis, katanya, turut merampas pakaian yang didakwa digunakan pada zaman Kesultanan Melaka.
Selain itu, polis juga merampas 30 bilah keris, 16 set pakaian diraja, pedang, lembing dan parang.
The post Guru agama antara dua ditangkap mengaku keturunan Sultan Melaka appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan