Husam dijangka masuk PAN malam ini
BANGI, Selasa – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN), malam ini.
Menurut sebuah portal liberal, hari ini beberapa pemimpin PAN telah mengesahkan perkara itu.
Ianya akan diumumkan dalam satu acara di Cyberjaya malam ini.
Bagaimanapun, mereka enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi mereka yakin Husam mampu memperkasakan parti baru itu.
Pada 6 Mei lalu, Husam dipecat daripada PAS selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga Timbalan Mursyidul Sm.
Selepas empat bulan berlalu, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung ‘jersi’ kerana “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan”.
Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk PAN.
The post Husam dijangka masuk PAN malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan