Husam Musa sertai PAN

CYBERJAYA 30 AUGUST 2016. Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu (kanan) menerima borang keahlian Datuk Husam Musa ketika majlis makan malam ambang merdeka di CBD Perdana, Cyberjaya. NSTP/ AHMAD IRHAM MOHD NOOR

CYBERJAYA, Sabtu – Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

“Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri,” katanya berucap mengumumkan perkara itu pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Parti baharu itu bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan harapan. – Bernama

The post Husam Musa sertai PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?