Ia adalah perang antara agama, pemimpin Kristian Evangelis bidas Pope Francis

Franklin-Graham-640x480

NEW YORK, Selasa – Pemimpin Kristian Evangelis, Willian Franklin Graham membidas kenyataan Pope Perancis dengan menyatakan bahawa sedang berlaku peperangan antara agama.

“Saya bersetuju bahawa dunia ini adalah berperang tetapi saya tidak bersetuju bahawa ia bukan perang agama. Ia adalah paling pasti perang antara agama.

“Agama adalah di sebalik keganasan dan jihad yang kita lihat di Eropah, Timur Tengah, Asia dan di negara ini,” katanya.

Malah Franklin berkata, Islam adalah agama yang menyeru kepada penghapusan orang kafir khususnya Yahudi dan Kristian.

“Ia adalah agama yang menyeru tenteranya menjerit ‘Allahu Akbar’ kerana memenggal kepala, merogol dan membunuh atas nama Islam.

“Pengamal Islam radikal mengikut ajaran Al-Quran. Jadi, kita mesti sebut apa yang sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin Gereja Roman Katolik sedunia, Pope Francis menolak dakwaan mengatakan Islam bersifat keganasan.

Pope menyifatkan hampir semua agama mempunyai kumpulan kecil pelampau termasuk agama Kristian.

Jika saya mahu mengaitkan Islam dengan keganasan, saya perlu bercakap mengenai keganasan Kristian,” kata Pope mengulas kejadian bunuh paderi Jacques Hamel di Perancis oleh dua militan Daesh. – Agensi

The post Ia adalah perang antara agama, pemimpin Kristian Evangelis bidas Pope Francis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?